Imam Ghazali: “Saya tahu dengan benar bahawa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagai sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi.."

Petinta

My photo
Aku akan hadapi, Aku akan susuri, Aku akan lalui hari-hari ini, Demi Kasih dan Redha Ilahi, Demi Maghfirah dan Barakah Ilahi, Demi menuju Akhirat Abadi, Demi menuju Syurga Hakiki, Demi menggapai Cinta yang Suci...

03 February 2011

Pesan Imam Al-Ghazali

Imam Ghazali berpesan:

1.Adapun menyebut-menyebut tentang keburukan rakan-rakan serta keaiban isteri dan anak-anak itu dikatakan 'ghibah' atau mengumpat maka hukumnya haram atas setiap muslim.


2.Barang siapa menyimpan perasaan dendam di dalam hatinya terhadap seseorang muslim, makan hatinya lemah dan perkara ini amat membahayakan diri, hatinya yang busuk tak sesuai bertemu dengan Allah s.w.t .




3.Ingatlah bahawa sebab yang paling berat sekali untuk menyelakan api kedengkian sesama saudara ialah dengan menimbulkan pertengkaran dan perbantahan. Kedua-duanya menjadi punca kepada permusuhan dan putus hubungan.

4.Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia kerana teguran dan nasihat di khalayak ramai mendatangkan kecemaran yang memalukan.

5.Apabila seseorang berkasih sayang dengan Allah, jangan biarkan kasih sayang itu bercampur dengan hasad dengki samada perkara dunia atau agama.

6.Hendaklah kamu mempergauli semua manusia dengan budi pekerti yang luhur dan melayani mereka dengan cara yang mereka suka.

7.Bila tidak banyak pantang larang dalam persahabatan, persahabatan itu akan kekal.

8.Jangan membuang masa menghambur-hamburkan nasihatmu kepada orang yang sudah ternyata enggan menerima nasihat. Malah ia akan memusuhimu pula.

0 Ulasan:

Post a Comment