Imam Ghazali: “Saya tahu dengan benar bahawa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagai sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi.."

Petinta

My photo
Aku akan hadapi, Aku akan susuri, Aku akan lalui hari-hari ini, Demi Kasih dan Redha Ilahi, Demi Maghfirah dan Barakah Ilahi, Demi menuju Akhirat Abadi, Demi menuju Syurga Hakiki, Demi menggapai Cinta yang Suci...

01 February 2011

Husnu Zunn ma'a Insan...

Sahabat...

Tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.




Orang yang telah mengenal Diri sekenal kenal nya akan mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup, dan akan mempertingkatkan cara penyerahan hidup nya kepada ALLAH"
Cinta itu sebenarnya suci. Cuma manusia yang mengotorkannya.


Kerana cinta... lah terhasilnya ULAMA dan para WALI. Cinta itu letaknya di HATI. Bagaimana hati hendak memahami rahsia ALLAH sedang DOSA masih banyak. Hati yang banyak DOSA dikuasai NAFSU.. NAFSU itu berlawanan dengan kehendak ALLAH. ALLAH berserta kamu dimana kamu berada.. katanya, Sesungguhnya AKU sangat hampir. Musibah itu dari ALLAH, utk membersihkan DOSA. Semakin bersih dari DOSA, semakin banyak RAHSIA ALLAH yang diketahui kerana CAHAYA hidayah (NUR) semakin terang..


Hati itu suka yang BATIN Pandanglah mata HATI Akhirat itu lebih baik. Manusia utamakan DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA.
DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA. Bersihkan diri dari DOSA, hati akan MERDEKA.. NAFSU akan dikuasai HATI.


Bertaubatlah.. Lari dari DOSA menuju ALLAH...
Selagi Taubat tidak betul, perjalanan pun tidak betul Sifat para wali itu sentiasa bertaubat. Kalau berlarutan dalam dosa, tidak akan faham rahsia ALLAH. ALLAH suka yang GANJIL...


Hati yang GANJIL.. Didalam hati cuma ada ALLAH sahaja.. Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya... Andai kau berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan satu keburukan, kau akan membencinya... Andai kau bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya...


Andai kau berkawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak ceria, mungkin kau akan menjauhinya... Andai kau bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia juga adalah manusia biasa sepertimu.....

0 Ulasan:

Post a Comment