Imam Ghazali: “Saya tahu dengan benar bahawa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagai sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi.."

Petinta

My photo
Aku akan hadapi, Aku akan susuri, Aku akan lalui hari-hari ini, Demi Kasih dan Redha Ilahi, Demi Maghfirah dan Barakah Ilahi, Demi menuju Akhirat Abadi, Demi menuju Syurga Hakiki, Demi menggapai Cinta yang Suci...

01 February 2011

Fuad (Hati)

“Tatkala mata telah mengalami kekeringan disebabkan tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya keringnya mata itu adalah bersumber dari kerasnya hati. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras.” (Ibnul Qoyyim Al Jauziah, Bada’i al-Fawa’id).

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati”
(Riwayat Muslim).

Hadis riwayat Aisyah ra. istri Nabi saw.:
Rasulullah saw. bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut yang menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya.

 

Renung...
Sakit itu kifarah dosa buat hambanya.

Ada mesej yang ingin disampaikan melalui sakit itu.

Sakit itu akan mengajar erti kesihatan.

Sakit akan menyebabkan kita menghargai nikmat kesihatan.

Sakit mengajar kita supaya bersifat qanaah.

Sakit menginsafkan kita sebagai seorang hamba Allah.

Moga terus tabah menghadapinya..

0 Ulasan:

Post a Comment