Petinta
- amin_khalidiy
- Aku akan hadapi, Aku akan susuri, Aku akan lalui hari-hari ini, Demi Kasih dan Redha Ilahi, Demi Maghfirah dan Barakah Ilahi, Demi menuju Akhirat Abadi, Demi menuju Syurga Hakiki, Demi menggapai Cinta yang Suci...
21 July 2011
Kisah Cinta
04 April 2011
Aku Sesat Dalam Terang
Aku terpesona dengan keindahannya,
Aku tulis di dalam sajak-sajakku,
Hingga lupa aku dengan Tuhan,
Bukankah dia akan layu kemudian jatuh ke bumi,
ia tidak berguna lagi.
Aku puja perempuan,
Aku lukis dengan kata-kata,
Hingga lalai dengan Tuhan,
Bukankah dia akan tua bangka,
Atau adakalanya dia tidak setia,
yang akan mengecewakan aku.
Aku kagum dan puja awan,
yang berarak dan beralih,
Aku gambarkan dengan bahasa yang indah,
Hingga lupa kewajipan kepada Tuhan,
Padahal awan boleh hilang.
Kemudian aku ungkap di dalam syair-syairku,
Padahal kalau aku dekat,
Ia adakalanya menakutkan, membencikan,
menjemukan dan memayahkan,
Entah apa-apa lagi yang aku berkhayal,
dengan hal yang ada di dunia ini,
Hingga aku berfoya-foya,
dan menghabiskan masa,
Lupa Tuhan, lupa Agama,
lupa Hari Pembalasan,
Sedangkan semua itu akan binasa.
Padahal kalau mata hatiku hidup jiwaku celik,
Aku puja Tuhan, Aku besarkan Dia,
Seterusnya Aku cintakan Dia,
Tuhan adalah kekal, Ia adalah pembela,
Dia adalah sumber segala-galanya,
Ini lebih menguntungkan aku,
Kerja aku tidak sia-sia,
Untungnya hingga ke Syurga.
Beri kekuatan kepadaku untuk bertaubat,
Jangan Biarkan Aku Tersesat....
06 March 2011
Kesepian
01 February 2011
Dia yg Ku Cari...
Telah banyak yang aku lalui
Hingga pernah resah jiwa ini
Hingga pernah gelisah hati ini
Cinta dunia pernah merantai hati
Walau tidak pernah kuzahiri
Dalam sederap langkah perjalanan hidupku
Jika dulu telah Engkau izinkan
Aku merasai kehangatan kasih dalam alpa
Jika dulu Engkau benarkan
Aku menikmati rindu adam kepada hawa
Jika dulu Engkau biarkan
Aku di dalam bahagia yang sementara
Cukuplah wahai tuhanku!
Kerana di sebalik semua itu
Aku pernah kehilangan cintaMu
Pernah gersang jiwaku
Pernah ketandusan imanku...
Derita itu merobek ketenanganku
Hatiku yang telah retak semakin retak
Solatku tiada lagi khusyuknya
Rukukku tiada lagi ikhlasnya
Sujudku bersama fikiran yang melayang entah ke mana
Tahajjudku sudah tiada serinya
Munajatku sudah hilang air matanya...
Imanku longlai untuk berkata-kata...
Dan Ya Allah
Setelah semua itu aku lalui
Dengan penuh susah, jerih dan payah
Kugagahi jua langkah lemah ini
Berbekal harapan yang tidak pernah mati
Akhirnya kutemui cintaMu yang hakiki
Manisnya kurasai
Bahagia dan ketenangan abadi!
Bersama setiap sedutan nafas
Beriramalah tasbih, tahmid dan takbir
Hati ini bahagia dengan mengingatiMu
Hati ini derita bila melupaiMu
Engkaulah Kekasih dan cinta hatiku
Sekalipun tidak
Aku berasa kecewa kerana dikecewakan
Bahkan hati yang retak kembali pulih
Hati yang merana kembali damai
Hati yang sirna kembali menyinar!
Syukurku padaMu tuhan....
Atas segala kurniaan,
Nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini,
Jangan Engkau lenyapkan,
Jangan Engkau kuburkan
Tapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan!
Biarkan hati ini
Terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu
Kurniakan kepadaku
Sekeping hati yang kuat
Agar ia terus hidup di dalam cahayaMu
Selamanya....Abadan Abada.....
Ke mana kah DIA..???
Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...
Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...
Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,
Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...
Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!
Ujian bagi Ku...
Namun aku yakin tentu ada hikmahnya..
Walaupun tak terdaya aku memikulnya..
Tapi aku yakin bahawa Kau tidak akan menzalimi hambamu..
Ujian2 yg Kau berikan mmpu digalas hamba2Mu..
Namun Ya Allah..
Aku lemah tak berdaya..
Bantulah hambamu ini Ya Allah..
Andai perjalanan hidupku begini liku2nya..
Kau tabahkanlah hatiku menempuhinya..
Andai pengajianku tamat disini..
Kau redhakanlah aku menerimanya..
Berikanlah aku kekuatan menghadapi segalanya..
Andai kehidupan ini perlu aku lalui sendirian tanpa sesiapa disisi ku..
Kau berikan aku semangat menghadapinya..
Andai dia masih lagi utk Ku..
Kau permudahkan urusan kami Ya Allah..
Andai dia bukan lagi milikku..
Kau redhakanlah hatiku..
Ketahuilah saat ini aku tidak mengharap cinta manusia lagi..
Aku hanya mengharap cintamu Allah..
Ya Allah...andai ini kafarah atas dosa2 ku..
Aku terima Ya Allah..
Namun aku hanya insan biasa..berikanlah aku kekuatan..
Tabahkan hatiku..Lapangkan fikiranku..tenangkan jiwaku
Ya Allah andai ini takdir ku..Aku pasrah dan aku redha..
Aku terima segala ketentuanmu Ya Allah..
Hanya pada Mu aku berserah..Ya Allah..
Kuatkan imanku Ya Allah..
Menghadapi segalanya..
Permudahkanlah segalanya..
Amin ya rabb
إلـيــك
إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـ
اSekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــ
اKurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــ
اDan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
(walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــ
اDan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجم
اDan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـ
اCukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـ
اDan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــ
اMengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia
Jika Cinta Itu Datang, Bawalah ia ke Syurga
Jatuh yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta. CINTA adalah fitrah dan kurnia ILLAHI. Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai. Namun demikian , puncak CINTA ada orang masuk syurga kerana CINTA dan ramai orang yang dihumban ke neraka gara-gara CINTA. Nauzubillah. CINTA yang bagaimana yang mampu membawa seseorang ke syurga?
CINTA yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni. CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH. Ia atas dasar ALLAH dan CINTA terjadi atas keredaan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jenis kelamin dan kedudukan. Dan CINTA ini lahir hasil dari CINTA kepada ALLAH jua.
Kalau berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh perkahwinan , mereka tak perlu untuk berjumpa,berbicara atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemauan ALLAH.
CINTA mereka tidak akan tercela oleh nafsu birahi.Sebaliknya CINTA itu adalah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah berjumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang kita cintai ditimpa susah,senangkalau yang dicintai itu senang. Sanggup susah dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
CINTA yang begini diceritakan dalam hadis, yaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan 'ARSY ALLAH di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat perlindungan daripada matahari yang sejengkal sahaja daripada kepala.
Kalau berlaku sesama suami isteri , maka isteri akan meletakkan seluruh ketaatan kepada suami, hormat dan melayani suami tanpa jemu. Baik ketika suami menunjukkan kasih sayang atau ketika suami menunjukkan kemarahan. Baik ketika suami sedang kaya atau miskin, CINTA isteri kepada suami tidak akan berbelah bahagi kerana CINTAnya pada suami datang daripada ALLAH hasil ketakwaan isteri. Biardatang badai melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan CINTAnya yang utuh dan teguh. Inilah CINTA sejati.
Begitu juga suami , CINTA pada isteri tidak pandang itu isteri tua atau muda.Termaktub dalam hatinya, selagi isteri taat pada ALLAH, isteri itu akan tetap dikasihinya.
CINTA ALLAH YANG UTAMA
Sumber CINTA yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama.Apabila berlaku pertentangan antara CINTA ALLAH dengan CINTA pada makhluk maka CINTA ALLAH pasti akan menang.
Sebagai contoh seorang isteri yang CINTA pada suaminya.Tiba-tiba suaminya melarang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH, dalam hal menutup aurat, padahal menutup aurat itu ALLAH wajibkan, maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorongnya untuk tetap melaksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun harus kehilangan suaminya.
CINTA yang datang daripada ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil ,apalagi perkara yang besar. Seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH ,CINTA yang lain jadi kecil dan rendah baginya.
Sejarah menceritakan kisah CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya yang bertugas sebagai seorang menteri.
Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat daripada peristiwa itu , Nabi Yusuf telah dimasukkan ke penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.
Penderitaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabakan dia berubah daripada seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi. Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan daripada ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesihatan dan kecantikannya.
Peliknya , ketika Zulaikha mengenal ALLAH, datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan zikir.
Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan setelah mengenal dan CINTA kepada ALLAH. CINTA ALLAH adalah CINTA taraf yang tinggi. Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di surga yang dipenuhi kenikmatan.
CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH. Kerana CINTA yang lahir ada penyebabnya. Jika wanita CINTA pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita kerana kecantikan, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya daripada ALLAH.
Pembaca kalian, ALLAH yang menciptakan kita sebagai-NYA , kita diberikan berbagai-bagai nikmat seperti kesihatan yang baik , kegembiraan dan lain-lain. Baik kita ingat krpada-NYA ataupun ataupun tidak, kita tetap diberi-NYA nikmat-nikmat tersebut. Begitulah , kebaikan yang diberikan ALLAH kepada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA, yang bererti:
"Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, niscaya tidak akan terhitung."
Alangkah biadabnya kita kalau kita gagal mengambil segala nikmat-Nya tapi lupa untuk bersyukur pada yang Memberi. ALLAH mampu sahaja menyusahkan dan menyenangkan kita dengan Kudrat dan Iradat-NYA.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat daripada ALLAH.CINTAnya tertumpu pada ALLAH ,penyerahan diri pada ALLAH sungguh- sungguh. Dan CINTAnya pada makhluk berlandaskan CINTAnya kepada ALLAH.
Ada orang mengatakan :
"JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA CINTAMU AKAN DIROBEK -ROBEKNYA. TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA AKAN DISATU-SATUKANNYA .ERTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAI-NYA MENDERITA DI AKHIRAT."
Jadi seorang yang bijak dan beradab dalam meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah kepada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah konsep CINTA yang yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan.
SEKALI RASA CINTA ITU HADIR
INGATLAH IA ADALAH KURNIAAN ALLAH
HIDUP INI MENJADI INDAH KERANA CINTA
CINTA YANG SUCI
BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA.
SEKALI RASA CINTA ITU HADIR
SAMBUTLAH DENGAN BENAR
JAGA PELIHARA
DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN KE SYURGA
30 January 2011
Hamba yang Lalai
Dan sering lupa pada realiti,
Mengeluh pada satu tekanan,
Lupa padaMU Yang Mencipta
Mampu kah aku bertahan,
Hingga saat senyuman terukir tak terpadam,
Bernafas dan terus bernafas,
Mendiami jasad nan kerdil,
Melangkah dan terus melangkah…
Aku tahu aku di alam realiti
Aku sedar aku punya TANGGUNGJAWAB yang pasti
Tapi aku leka mencari hidup yang fantasi
Aku leka mengejar cinta duniawi
Aku lupa padaMU YANG MEMBERI
Dimana rasa MALU padaMU
Kau sentiasa bersamaku
Kau sentiasa mengasihiku
Kau beri aku peluang
Namun aku berpaling
Aku mengeluh tanpa iman
Ya ALLAH,aku berdosa padaMU
Aku TAK LAYAK UNTUK SYURGA MU YA ALLAH
Tapi aku juga tak mampu menahan API NERAKA Mu yaALLAH
Semalam aku berpaling dari Mu ya ALLAH
Aku lari dari mengingatiMU yaALLAH
Hari ini aku ketawa gembira,
TanpaMU di ingatan YA ALLAH
Esok…
Layakkah aku terima KASIHMU
Mampukah aku bertemu denganMU
Terlalu banyak dosa silamku YA ALLAH
Dosa yang tak terhitung
YA ALLAH
AMPUNKAN aku
Terimalah taubatku
Terimalah taubatku YA ALLAH..
Saat demi saat berlalu,
Dengan kegelapan dosa,
Hinnga hilang getaran imannya,
Hingga samar cahaya hidayahnya,
Hingga runtuh kekuatan amalnya,
Hingga pudar seri wajahnya,
Lalu aku mula sesat dan menyesatkan.
Aku masih mengukir durjana,
Tanpa taubat di antara dosa,
Tanpa setitik lelehan airmata,
Terlalu angkuhkah aku pada neraka?
Mungkin aku perlu seketika menyendiri,
Mengetuk dan bertanya kepada hati,
Masih adakah Tuhan di dalam hati?
Ya allah engkau mengetahui bahawa hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu,
Bersatu memikul beban dakwah Mu,
Hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat syariat Mu,
Mengingati ajnabi melebihi Mu.
Tinggalkan sunnah kerana cinta.
Cinta yang penuh dengan mungkar.
Kekalkan kemesraan antara hati ini akan jalan-Nya.
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkanlah hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada Mu.
Agungkanlah cinta suci ini
Pagari hatiku dengan hidayah Mu
Dari godaan sayaitan yang direjam
Maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenanlah permintaan ini...
Aku yang Hina
Penuh dengan dosa dan noda yang menggunung..
Malu benar rasanya hamba padaMU..
Walau seringkali hamba menderhakaiMU..
Walau seringkali hamba lupa padaMU.
Namun ENGKAU tetap hadir dalam hatiku..
ENGKAU lah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih..
Namun semakin hamba cuba mendekatiMU Rabbi..
Semakin getir ujian yang hadir..
Dunia memanggil-manggil..
Hati kelamku merintih..
Semakin lemah tiada daya..
Mengharap secebis ketabahan..
buat jiwa yang kelemahan..
Dengan rahmatMU Rabbi..
hamba datang pdMU..
Terimalah taubat hamba ..
Berilah ampunan dan rahmatMU yang luas..
Wahai Yang Maha Penerima Taubat..
Berilah walau secebis perasaan cinta padaku..
Agar bertambah-tambah kecintaan hamba padaMU Rabbi..
Sesungguhnya terlalu Agung cintaMU..
pada hamba-hambaMu yang Dikau ciptakan..
Bagaimana tidak hamba pula yang mencintaiMu.





