Imam Ghazali: “Saya tahu dengan benar bahawa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagai sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi.."

Petinta

My photo
Aku akan hadapi, Aku akan susuri, Aku akan lalui hari-hari ini, Demi Kasih dan Redha Ilahi, Demi Maghfirah dan Barakah Ilahi, Demi menuju Akhirat Abadi, Demi menuju Syurga Hakiki, Demi menggapai Cinta yang Suci...

21 July 2011

Kisah Cinta


Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…


Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…


Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…


Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam menghadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…


Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang mampu menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHU RABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…


Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI
Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…

1 Ulasan:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,
subahannallah...
Tuan adakah cinta itu ada pada diri ku...
suatu hari asyik untuk m`gorek isinya bumi ini cinta itu datang berbisik dalam pendengaran sanubari ini namun ku biar kan cinta itu bersendirian,,,ku pergi tanpa m`bawa ia bersama2
akhirnya maruah ku t`gadai semata2 untuk dapatkan isinya bumi ini
cinta itu datang skali lagi setelah ku hanyut bersama2 syurganya dunia kekesalan memenuhi diri yang kotor lagi jijik ini ku malu untuk berdepan pd tuan2 semua seakan2 tuan2 semua m`getahui kekotoran dalam jiwa ini...
jiwa ini semakin gelisah di waktu ini kerna perbuatan ITU
aku kalah dalam peperangan itu maruah jiwa ku tgadai malu untuk bertemu tuan2 semua nei kan pula bertemu dengan cinta orang yang mencintaiNYA
diri ini jijik
wassalam...
luahan hati hitamku

Post a Comment