Imam Ghazali: “Saya tahu dengan benar bahawa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagai sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi.."

Petinta

My photo
Aku akan hadapi, Aku akan susuri, Aku akan lalui hari-hari ini, Demi Kasih dan Redha Ilahi, Demi Maghfirah dan Barakah Ilahi, Demi menuju Akhirat Abadi, Demi menuju Syurga Hakiki, Demi menggapai Cinta yang Suci...

01 February 2011

Penyejuk Hati

"..Jika roh mahupun hati telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Tuhannya, pastilah ia akan menemuiNya, kerana apa pun juga akan baik ketika dapat bertemu denganNya."

Barangsiapa

yang menyukai (hari) perjumpaan dengan Allah

maka Allah lebih menyukai lagi

untuk bersua dengannya.

Sebaliknya

orang yang tidak menyukai bersua denganNya

maka mohonlah kepada Allah

kurnia rahmatNya

dan janganlah engkau mengandalkan yang lain.


dr buku pnyejuk hati 'La Tahzan'..

*********************************************
KU MOHAN YA ALLAH...

andainya pernah satu saat aku melupakanMu..

andainya ada satu langkah yg ku jejaki, aku lupa semuanya ciptaanMu..

andainya ada rezeki yg Engkau kurniakan pdku, tidak ku syukuri..

andainya ada tutur bicaraku mnyakiti hati hamba2Mu hingga mdatangkn murkaMu padaku..

andainya ada perbuatanku yg khilaf hingga mbuatkan ada hamba2Mu yg tluka justeru mbuat Engkau murka trhadapku..

andainya pernah aku menangis krn sesuatu selainMu..

andainya pernah aku bsedih hingga ku lupa sglanya adlh ujian dariMu..

ku mohon..

ampunilah hambaMu ini, ya Allah.. :'(

matikanlah hambaMu ini dlm keadaan beriman pdMu..

izinkan hambaMu ini pulang dengan cintaMu bersamaku..

dalam keadaan cinta tetap utuh terhadapMu..dalam keadaan rindu bertemuMu..

izinkan ku merasai cintaMu sblm terhenti denyut nadi ini selamanya.....


::::::::*ALLAH Fi Qalbina*::::::::

Tanda mencintai ALLAH ialah mencintai AL-QURAN.
Tanda mencintai ALLAH dan AL-QURAN ialah mencintai NABI S.A.W.
Tanda mencintai NABI S.A.W ialah mencintai SUNNAH.
Tanda mencintai SUNNAH ialah mencintai AKHIRAT.
Tanda mencintai AKHIRAT ialah memarahi DUNIA.
Tanda memarahi dunia ialah tiada mengambil daripadanya selain perbekalan dan apa-apa yang memadai ke akhirat.


 ::::::::::::::::*******::::::::::::::::::

0 Ulasan:

Post a Comment