Imam Ghazali: “Saya tahu dengan benar bahawa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagai sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi.."

Petinta

My photo
Aku akan hadapi, Aku akan susuri, Aku akan lalui hari-hari ini, Demi Kasih dan Redha Ilahi, Demi Maghfirah dan Barakah Ilahi, Demi menuju Akhirat Abadi, Demi menuju Syurga Hakiki, Demi menggapai Cinta yang Suci...

30 January 2011

Aku yang Hina

Ya Ilahi, Hamba ini hambaMU yang hina.
Penuh dengan dosa dan noda yang menggunung..
Malu benar rasanya hamba padaMU..
Walau seringkali hamba menderhakaiMU..
Walau seringkali hamba lupa padaMU.
Namun ENGKAU tetap hadir dalam hatiku..
ENGKAU lah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih..
Namun semakin hamba cuba mendekatiMU Rabbi..
Semakin getir ujian yang hadir..
Dunia memanggil-manggil..
Hati kelamku merintih..
Semakin lemah tiada daya..
Mengharap secebis ketabahan..
buat jiwa yang kelemahan..
Dengan rahmatMU Rabbi..
hamba datang pdMU..
Terimalah taubat hamba ..
Berilah ampunan dan rahmatMU yang luas..
Wahai Yang Maha Penerima Taubat..
Berilah walau secebis perasaan cinta padaku..
Agar bertambah-tambah kecintaan hamba padaMU Rabbi..
Sesungguhnya terlalu Agung cintaMU..
pada hamba-hambaMu yang Dikau ciptakan..
Bagaimana tidak hamba pula yang mencintaiMu.

0 Ulasan:

Post a Comment